4.27.2012

Conteng-Conteng Result Exam

Fuhh,selepas dah lama tak update, nak update lah sikit sementara tengah rajin ni.  Maklum lah, orang berkerjaya memang busy sikit sekarang ni. Baik lah , entri singkat ni nak cerita pasal result exam dengan nak bagi tips *macam ada je :D untuk tenang menghadap result esok. Meh sambung baca meh.



DEBARAN SEMAKIN DIRASAKAN *AYAT GAMPANG



Saat zack menulis entri tak bermanfaat ni, tinggal lebih kurang 9 jam je lagi nak menuju pukul 9 pagi. Katanya pukul 9 pagi esok result masing-masing keluar. Sorry lah, zack tak tahu seawal pukul berapa result exam ni dah boleh check sebab masa keluar result sem lepas, dah petang nak dekat maghrib baru zack tengok. Sibuk konon konon, padahal mengada nak tengok result saing saing.

RESULT ZACK UNTUK SEMESTER LEPAS

Macam yang kebanyakan dah tahu, masa semester lepas zack dapat Anugerah Dekan (GPA>3.5) Masa tu memang rasa happy teramat lah. Tapi tu semua cerita masa semester satu, untuk semester dua ni tak tahu skrip nya macam mana pulak, hee. Banyak main, banyak ponteng kelas, assignmnent macam harem, memang kalau tak dapat Dekan lagi semester ni, nak rasa terkilan pun tak guna.

Zack, kenapa kau ni aku tengok macam tak hirau je pasal result exam ni? Siap boleh update status dekat fb "Result keluar esok? Oh, okay!" Kau ni nak berlagak ea?
Woit, mulut cakap baik sikit aa. Tak pernah sekali pun dalam hati ni terlintas nak bangga diri dengan result yang zack dapat dalam exam. Kalau boleh memang tak nak cerita dekat orang pun pasal result exam ni dekat siapa siapa, tapi nanti apa pulak orang cakap nanti kan? Satu je zack konsep pegang untuk result exam ni. Nak tahu, baca lagi okay :D

RESULT EXAM CUMA RESULT

dah keluar dah page menyeramkan ni.

Biar apa pun kita dapat untuk result exam kita,  ia tetap result. Tak mungkin sama sekali lepas 2 jam dia berubah jadi transformer ke. Tapi mungkin jadi sebuah Myvi *Proton Preve pun boleh sebab katanya ada orang minat Preve warna biru :D* ataupun iPhone4s kalau result yang gempak tu dapat tahu ke pengetahuan bapa-bapa korang yang kaya raya tu. Tapi untuk zack, result tu tetap result. Dapat dekan ke, dapat 4 flat sekalipun, tetap result dan bukannya terus jadi sijil diploma.

Dah, jadi sekarang ni jangan nak pening pening kepala pasal result, kasi lapang kepala dulu okay. Esok pagi bangun awal-awal, lepas tu tengok lah result tu puas-puas ye sayang-sayang sekalian :D

Email dari UiTM tak menerjah inbox lagi nampaknya.
Lupa pulak satu benda, zack doakan yang terbaik semua kawan-kawan seperjuangan zack untuk result exam ni okay. Pada yang OM, kalau boleh ramaikan yang dapat Dekan, kasi budak account tunduk sikit dengan kita :D

*Esok zack tak online pagi ye, zack kerja. Nanti zack dah check result, zack buat satu entri khas untuk semua okay :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...