About Me

Hai , selamat datang ke bulertz's blog . Hah , dah macam masuk Courts Mammoth pulak dah . Okay , apa apa pun tetap selamat datang tak kira lah samada tersesat dekat sini atau memang tergerak hati nak menjejakkan browser ke sini . Ni website lah , mana boleh nak jejak kan kaki , HAHA . Terima kasih kerana memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami , HEHE . Thanks sebab sudi baca serba sedikit tentang owner blog serba kekurangan ni . Aku berjanji ini bukan kali terakhir korang akan jejak kan kaki dekat blog sebab aku akan pasti kan setiap perkara yang aku kongsi kan dengan korang semua akan beri kan korang , bukan faezah elai tapi faedah yang bernilai .

Apa lah , belum apa apa dah tabur janji bagai . So , jom kita kenal kenal sikit okay . 
Tu pun sekiranya anda sudi , tapi percaya lah tiada penipuan dalam perkhidmatan kami (:


Mamat bajet hensem sejak dari azali . Oh ,saya yang berbaju merah ya . Bukan jejaka tampan yang dekat kereta tu .
Biodata sikit ~

nama : muhammad zaahary  
panggil : zack / ustat / bulert /
umur : 18 saje 26.07.93 (:
berat : seberat seorang lelaki normal , 55 mungkin .
jantina : jantan tulen , lelaki sejati , jejaka bukan idaman ?
tinggi : dengan yakin nya , 162 cm . confirm !
asal : asal boleh ? HAHA , I'm Johorean .
hobi : surfing , surfing and surfing , then movie . awesome kan ?
impian : nak celik kan mata member-member dan jugak rakan sebaya kat luar sana tu                  tentang IT . this is important dude ! kita bukan zaman tulis atas kulit kayu lagi . 


Siapa dan apa rencah hidup ~
idola : steve jobs but we already miss him RIP . 
brand : apple *even tak ada iDevices . one day i'll have it all , just u wait lah kawan .
movie : the pirate of silicone valley , dukes of hazzard dan 2 alam *LOL .
drama : how i met your mother , rules of engagement , accidentally on purpose
anime : family guy , the simpson , happy tree friend *kalau anda bawah 13 , jangan                              tengok semua kartun ni . 


Apa ada dalam seorang bulertz ~
Photophobic 
mungkin kebanyakan orang dalam dunia ni suka bergambar . ye lah , kalau tak dah tentu tak wujud nya kamera dalam dunia ni kan . tapi , percaya lah daripada berada dalam gambar , seorang bulertz lebih prefer untuk menjadi orang yang menangkap gambar . kalau lah korang cari gambar aku dalam ni , surely memang tak akan jumpa . kalau ada pun gambar yang dari belakang seperti di atas . setiap orang ada hak masing-masing kan ?


Pendiam
ya , saya memang seorang yang pendiam . lebih banyak mendengar dari bercakap dan lebih banyak membaca daripada mendengar . cuma kadang-kadang datang waktu gila , bercakap tak tahu berhenti . selalu nya bila bercakap dengan seseorang tapi orang tu tak layan . totally annoying kan ? tapi tak boleh salah kan mereka , sebab aku pun bila datang masa nya akan macam tu jugak , HAHA .


Penyabar
sabar tu sebahagian daripada iman kan kawan-kawan muslim ? sememangnya aku seorang yang penyabar , kalau ada masalah pun akan cuba buat-buat cool . sampai dekat kedai makan tapi tak ada waiter ambik order walaupun dah 15 minit duduk , duduk je lah tunggu lagi . tak jadi masalah pun kan , tak mati pun kalau tunggu lama sikit . ada masalah ? duduk dan fikir lebih baik daripada jalan tak tentu hala lepas tu maki hamun . dah lah tak sabar , dosa pun dapat lepas tu . kan rugi tu .


Kesimpulannya ~
Jadi , sebagai kesimpulan korang dah boleh lah agak kan aku ni jenis orang yang macam mana . Aku rasa tak akan ada reader blog ni yang perangai dia sama macam aku ni . Tak semua orang suka menghadap lappy dari pagi sampai ke malam kan . Tapi , kalau ada anda amat lah digalakkan untuk menegur saya . Nak tahu jugak ada ke orang macam aku kan , HAHA . 

Simple , funny / annoying *korang tentu kan sendiri , cheerful , humble *tak pasti . Tu lah yang boleh aku describe kan untuk diri aku . Jadi , untuk yang dah kenal dengan tuan empunya blog picisan ni , kita rapat kan lagi persahabatan kita . Dan untuk yang baru nak mengenali insan hina ni , jadi kan ini satu titik permulaan untuk kita sama-sama hidup dalam dunia blog ni okay :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...