5.24.2012

[Reviu]: Ada Apa Dengan KEJAR?

Salam semua. Ada baik kah? Dah, tak payah nak budget macam famous pulak nak tanya khabar dekat semua orang. Dipendekkan cerita, harini zack nak buat reviu untuk satu blovel hasil karya kawan baik zack sendiri.

Apa binatang BLOVEL tu? Tak pernah dengar pun?

Haha, kepada yang tak tahu, blovel tu adalah singkatan untuk blog novel. Kita hidup zaman moden, baca novel dah tak payah beli satu novel yang tebal tebal tu. Novel pun boleh jadi macam drama dalam tv jugak kan. Blog novel ni satu fenomena baru dalam dunia blog. So, kepada siapa siapa yang rasa ada bakat dalam buat novel tapi tak nak tumpukan sepenuh masa menulis novel, bolehlah cuba buat blovel. Dah, jom sambung cerita pasal KEJAR ni.



  • Apa benda KEJAR ni?
KEJAR ni adalah satu blog novel hasil karya saudara Amir Mukhris. Beliau adalah seorang penuntut jurusan Pengurusan Hotel dan Pelancongan di UiTM Melaka. Mula berminat berblovel selepas membaca novel keluaran BukuFixi. 

  • Kenapa tajuk KEJAR?
Berkenaan dengan tajuk ni, zack tak dapat nak bagi sebab kenapa KEJAR yang dipilih. Tapi suatu perkara yang pasti, ini bertujuan untuk mengikut trend novel keluaran BukuFixi yang mana tajuk novel haruslah dari satu patah perkataan sahaja. Contoh buku keluaran BukuFixi yang popular adalah DOSA, PECAH, KOPI dah banyak lagi. Info lanjut pasal BukuFixi nanti zack update dalam entri lain okay.

  • Best ke cerita KEJAR ni?
Bagi yang tak pernah membaca novel keluaran BukuFixi, korang mesti akan rasa suatu kelainan dalam pembacaan novel bila korang baca KEJAR ni. Kalau selalu korang baca novel yang banyak ayat jiwang jiwang, KEJAR menggunakan bahasa yang lebih santai dan kadang kadang ada jugak keluar ayat caci dan juga ayat mencarut dalam ni. Lantak kau lah amir nak guna ayat camne pun, yang penting cerita kau best.

  • Kenapa kena baca KEJAR?
Korang wajib baca KEJAR sebab Amir Mukhris cakap kalau reader dia tak cecah 1k, dia nak clash dengan buah hati kesayangan beliau si  Iylia Adreena . Okay, itu troll. Korang wajib baca KEJAR sebab KEJAR mengisahkan seorang 'lelaki' yang cuba mencari kehidupan baru di Kelantan. Terdapat tiga atau empat watak lain yang membantu menghidupkan cerita ni. 

Salah satu sebab lain korang kena baca KEJAR ni ialah sebab cerita ni banyak bawak unsur mengejut. Contoh, sambil korang baca korang akan timbul rasa dalam hati korang 'eh, bukan ke ... ?' Unsur ni jarang diselitkan dalam novel lain tapi dalam KEJAR memang banyak. Bahasa mudahnya, KEJAR banyak buat korang mindfuck.

  • Dekat mana nak baca KEJAR?
KEJAR adalah novel keluaran jenis berepisod. Maknanya korang tak boleh baca sekali sampai habis sebab masa zack tulis ni, amir baru tulis sampai KEJAR 9. Dengar kata kalau ramai yang baca, dia nak update satu hari 10 episod. Okay, kalau yang mana rasa nak jengah kaki dan nak cuba baca KEJAR, singgahlah blovel hebat karya Amir Mukhris di mengejarhalusinasi.blogspot.com

Kalau anda rasa KEJAR tak best, bagitahu je terus dekat penulis ni dekat ruang komen dia. Kalau best, jangan puji nanti dia malas nak update KEJAR pulak sebab terlampau bangga.

P/S:Sokong lah produk keluaran anak tempatan kita. Kalau bukan kita nak sokong, siapa lagi bukan. Niat bukan nak bodek tapi cuma nak ketengahkan bakat yang bukan semua orang dalam dunia ni ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...