4.04.2012

Ada Apa Dengan Facebook Timeline #1

Baru-baru ni *sebenarnya dah lama tapi baru ada masa nak tulis -.-' Facebook atau nama singkatan nya fb telah memperkenalkan fungsi layout terbaru diorang iaitu Timeline. Serentak dengan pelancaran Timeline tu banyak juga feedback daripada orang ramai. Ada yang suka dan ramai juga yang tak suka dengan timeline ni. Nak tahu lebih lanjut pasal timeline ni,jom kasi sambung baca dulu.


Okay, nak cerita sikit je pengenalan pasal Timeline ni. Kalau panjang panjang nanti korang tak nak baca pulak kan -.- Ini singkatan daripada apa yang zack faham pasal timeline.

  • Cara baru facebook untuk menambah baik layout profile facebook samada personal mahupun pages
  • Memudahkan pengguna untuk baca dan tahu susunan perkara yang jadi dalam susunan masa atau dalam bahasa bombastiknya secara kronologikal.
Itu je lah rasanya yang zack faham daripada timeline ni. Kejap,belum habis lagi. Tu baru explain sikit pasal timeline,belum cerita kebaikan dia lagi. 
Zack oi, mana ada kebaikan timeline ni. Serabut je lebih, menyusahkan pulak tu -.-
Rilek dulu saudara saudari cikaboom cikaboom,bagi zack list kan dulu. Okay, ni list kebaikan timeline yang zack perasan.

  • Senang nak trace apa yang kita dah buat sejak kita dah berkecimpung dalam arena facebook ni.
  • Boleh tahu siapa yang dah unfriend kita. 
  • Ada cover photo, kalau pandai edit boleh buat profile nampak awesome.
  • Boleh dijadikan personal profile atau personal diary sebab boleh tambah apa apa perkara penting yang kita tak sempat nak rakam kan.
Mark Zuckerberg masa nak introduce Timeline masa F8

Baiklah,rasanya daripada list ni cuma tiga je yang korang faham kan. Untuk personal diary tu,biar zack bagi contoh sikit. Okay,katakanlah sekarang ni umur kita dah 19, then kita nak tambah satu perkara penting dalam hidup kita ni dekat facebook. Ambil contoh mudah,nak tambah dekat facebook yang korang dapat 5A dalam UPSR, korang cuma perlu pergi dekat tahun korang ambil UPSR tu,then tambah milestone dekat situ. As simple as that.

Kalau nak pengguna dia pakai,tuan punya facebook pun kena pakai juga kan. Tak gitu?


Okay,kalau lepas korang dah baca entri ni pun masih terasa yang timeline ni tak bagus,zack akan tambah lagi racun untuk korang semua minat dengan timeline. Sebab apa zack nak racun,sebab zack dah pakai timeline ni dah lama dah. Bukan nak bangga tapi sebelum facebook introduce dekat public lagi zack dah pakai. Mula mula memang menyampah sebab tak faham, tapi lepas dah faham, terlampau suka dengan timeline ni.

Sebagai usaha nak racun korang, ni ada cover photo yang awesome daripada facebook user yang kreatif. Selamat mengusha dan selamat terracun, HAHA :D

Kepala dengan badan asing asing -.-

Simple je tapi menarik kan 

Kreatif, cukup kreatif -.-'

Sampai sini dulu usaha meracun zack. Untuk entri akan datang zack akan cerita lagi tentang nak dapat kan timeline bagi yang belum dapat,cara nak buat cover photo yang lawa macam dekat atas ni,dan akhir sekali kalau ada yang tak termakan racun yang still tak minat timeline,entri seterusnya zack akan ceritakan cara nak remove dia okeng :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...