12.10.2011

Nafas Baru Disember

Salam dan hai semua. Sebelum apa-apa , nak mintak ampun dulu sebab dah lama sangat tak mengupdate kan blog ni *ada orang kesah ke ? LOL. Maklum lah , baru je naik semester 2 ni , maka hari-hari agak sibuk sikit . Dengan nak catchup kelas , settle kan kolej kediaman apa semua lagi . So , dah masuk minggu ke tiga kuliah start, ada lah sikit masa nak berada atas talian ni .




Baik lah , berbalik kepada tajuk entri kali ni. Kenapa Disember , kenapa bukan November ? Bukan ke kita masuk semester dua bulan November ? Baik lah , bila bercerita tentang nafas baru , mesti ada yang terbayang semangat baru untuk belajar dalam semester baru ni kan . Tak dinafikan , semangat baru pun ada *setakat ni baru dua kelas saya skip ya :D . Tapi yang dimaksudkan dengan nafas baru ni ialah sememangnya nafas yang betul-betul baru. Tak faham , tak apa . Biar gambar dekat bawah ni jelas kan .



Okay , tu ramadhan sekarang dah muharram dah . Tapi semua faham kan maksud zack dengan nafas baru tu sekarang. Baiklah , kepada sesiapa yang tak tahu , zack sebenarnya seorang smoker *lagi sedap kot bunyi nya daripada perokok . Dah lama dah zack merokok ni , start dari sekolah rendah lagi rasanya . HAH , biar betul kau ni zack ? Yup , memang betul . Mula belajar menjinak kan diri dengan rokok sejak darjah 1. WTF kau ni zack oi ? Haha , sekejap ya cerita tak habis lagi . Tu cuma mula belajar , bukan nya start dari hari tu terus jadi smoker sampai sekarang okay.

Gambar sekadar hiasan. Owner picture , pinjam gambar sekejap okay :)
Sambung lagi , lepas belajar menjadi seorang smoker tu , dalam sebulan lepas tu zack berhenti dah. Then , naik sekolah menengah baru lah buat perangai balik . Nak-nak pulak masa cuti sekolah , bila dah tak ada aktiviti nak dibuat , jadi kutu rayau malam-malam yang melepak je kerja nya mula lah smoking balik. Ada sekali terkantoi masa smoking dalam bas sekolah , cikgu disiplin panggil datang bilik guru. Cikgu disiplin tu bagi lepas tapi cikgu kelas pulak cakap nak jumpa parent masa hari terbuka . Masa tu memang dah tak tentu arah lah sebab parent zack memang tak tahu langsung yang zack ni smoker. Fikir punya fikir , jangan bagi parent datang hari terbuka . Masa tu sekolah dengan rumah agak jauh , jadi zack cakap 'mama dengan ayah tak payah lah datang , jauh sekolah tu. lagi pun bukan ada apa sangat , setakat cikgu komen-komen pasal result exam je.' Haha , jahat kan zack =='


Lepas tu , zack berhenti lagi . Sampai lah masa zack form 4. Masa form 4 , zack pindah sekolah sebab masa tu family pindah rumah. Dekat sekolah baru , zack tak ada kawan sangat sebab ramai daripada classmate duduk hostel. Kawan zack cuma seorang je , senior form 5. Dia smoker jadi bila tiap-tiap kali lepak mesti zack pun smoking sama . Masa nak dekat dengan SPM, zack berhenti sekejap untuk bagi laluan  dekat ilmu nak masuk dalam kepala. Lepas SPM , masa dah kerja zack mula smoking balik. Dua bulan pertama kerja zack dapat kawal niat nak merokok tu tapi bila dah lama kerja , tengok member-member tempat kerja semua merokok , dah terjebak balik.

Lepas tiga bulan kerja , dapat tawaran masuk UiTM. Masa mula-mula masuk, memang dah niat dalam hati nak stop smoking dan fokus dalam belajar. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan , zack kembali berkecimpung dalam arena perokokan. Nak pergi kelas smoking, lepas makan smoking , dan yang paling kronik , bila tak tahu nak buat apa mesti tangan ni laju capai kotak rokok. Sampai lah satu masa , seseorang yang zack anggap pembawa rahmat datang , bagi khutbah sikit dekat telinga zack ni. Bernanah wei telinga dengar syarahan dia ni. Haha , maaf ya tuan punya badan . Dia ajak zack fight , dapat tak zack tahan daripada smoking dalam masa sebulan .


Tepat 1 Disember 2011, zack dah habis kan semua rokok yang zack ada. Start dari tarikh tu jugak , zack terima taruhan orang tu dan zack tekad tak nak lagi jadi seorang smoker. Mungkin kita fight untuk sebulan, tapi aku aim lebih dari tu wok :) Terima kasih sebab ada kan fight yang menarik ni ya.

Kalau ada lagi orang yang membaca cerita ni sampai perenggan ni , terima kasih di ucap kan . Kalau ada antara korang yang membaca ni seorang smoker, zack nasihat kan korang berhenti je lah. Mula-mula memang susah tapi bila dah lepas tahap seminggu , makin mudah kita nak berhenti sebenarnya. Ha , kepada yang tak pernah smoking , jangan pulak lepas baca entri ni korang pergi kedai beli rokok pulak. Memang zack doa kan dalam perjalanan tu kena langgar lori. InsyaAllah entri akan datang zack akan cerita tips-tips nak berhenti merokok pulak ya. Sekian, wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...