9.01.2011

Tutorial : Browsing Sesuka Suki Tanpa ada Sekatan

Salam guys. Setelah lama menyepi, tiba-tiba rasa terpanggil pulak nak publish satu entri ni. Err, sebelum tu masih belum terlambat lagi kan nak wish salam lebaran untuk korang semua. Okey, kita pergi direct tujuan entri ni. Sebelum tu, kita tengok dulu situasi ni.



Situasi 1
Bro, apasal netbook aku tak boleh browse site (ehem2) macam netbook kau? Tunjuk la sikit, tak kan makan sorang je.
Situasi 2

 Aku suka download apps, movie and games. Tapi sekarang SKMM dah block file sharing site ni. Habis la periuk nasi aku macam ni. Tolong sikit bro, boleh kan?

Ok,  yang part ehem2 tu cuma rekaan semata-mata ye. Basically,step ni simple je untuk korang buat sendiri. Jom la try, tak meletup pun pc dengan lappy korang kalau ikut tutorial aku ni. Let's get starting~


Mula2, buka network notification icon yang dekat taskbar *ye ke* tu. Ala, yang sebelah jam dengan tarikh tu. Nah la gambar bagi senang sikit nak paham.



Ha, ni la benda yang aku cakap kan tu. Kalau kat pc aku, ade tulis ON sebab pc aku special. Kalau kat pc or lappy korang, biase nye yang lambang macam line tu. 

Klik kat icon tu, kemudian akan keluar gambar ni pulak.

Maaf gambar kurang jelas. Snipping tool tak beraksi dengan baik la. Ok, sila klik kat bahagian yang aku highlight kan tu.


Then, akan keluar window macam kat atas ni. Klik kat bahagian connection tu. Tak kesah la connection korang ape pun, yang penting klik kat bahagian tu. Aku punya berbeza sebab direct kan dari router and bukan guna wireless.


Then, keluar window ni. Klik kat bahagian properties yang aku highlight kan tu. Kalau ade request permission keluar untuk explorer.exe, allow kan je.




Klik kat yang aku highlight kan tu. Make sure korang klik kat IPv4 and bukan IPv6. Lepas tu, klik ok.


Belum siap lagi, tunggu dulu. Ikut la macam kat atas ni, malas dah nak tulis2. Korang kan pandai2 belaka. 


Final step, masuk kan nombor ni kat ruangan tu. Pastikan masuk sama macam dalam gambar, kalau tak lapp korang terus tak boleh guna untuk browsing lagi. Teet, tipu je. Kalau salah pun tak ade hal la, buat la sampai betul. Yang box validate settings upon exit tu, korang tick kan.


Akhir sekali, korang tekan ok and you are ready to go browsing borderless. Harap tutorial ni membantu la korang sikit. 

Benefit daripada tutorial ni:

  1. Korang boleh bukak macam2 laman web yang korang nak. Tak de sekat2 lagi dah.
  2. Em, daripada pemandangan aku bila pakai public DNS ni, browsing macam ade laju sikit. Tak tahu la kalau aku perasan je.

Psssst: Niat aku ada kan tutorial ni adalah untuk korang dapat kebebasan dalam browsing. SKMM tak ade hak nak block site ni semua. Kita bayar bil sebab nak guna kan, bukan sebab nak kena block. Step ni cuma untuk boleh kan kita browse yang di block oleh SKMM sahaja. Tak payah la guna step ni untuk browse fb kat office atau library universiti korang. Takkan berhasil punya la.


Pssstt lagi: Dengan cara ni, browsing sememangnya bebas giler. Nak bukak ape pun boleh. So, terpulang la dekat korang nak guna kan sebaik nya atau sejahat nya. Hehe.. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...