10.16.2011

Buat Duit di Internet : FAKTA atau AUTA ? #1

Salam dan hai semua. Ha, camne rupa blog ni sekarang, okay tak. Tak apa lah, kalau korang cakap tak lawa pun aku anggap lawa je lah ye. Penat menggodeh-godeh so pada mata aku memang dah lawa dah, HEHE. Okay, entri kali ni nak cerita pasal buat duit online. Oops, sebelum korang tutup sebab tak percaya benda-benda ni, tolong baca dulu sebab aku tak tipu . 

Okay , duit banyak ni memang melampau tapi sebenarnya tak mustahil boleh dapat dekat internet .

Memang selalu dah kita dengar pasal buat duit online ni kan. Kalau dekat facebook tu, berlambak lah skim-skim nak tipu orang ni. Posing duit banyak-banyak semua tu boleh je buat kalau nak, dah terdesak nak menipu kan. Setakat ni aku tak pernah lagi join benda-benda ni semua, tapi kalau difikirkan akal kita yang waras ni, mana lah logik kalau kita modal RM100.00 lepas tu dua bulan dapat sampai RM1000.00 . Yang pelik nya ada pulak yang percaya tu, nampak sangat kelemahan kita manusia dekat duit *okay, duit tu penting, aku setuju itu. 

Tapi penipu-penipu tu semua guna sistem downline, dah lah kena keluar modal lepas tu nak kena cari orang suruh join lagi. Tak ke menyusahkan tu namanya. So, untuk entri untuk bahagian 1 ni, aku nak cerita kan cara nak buat duit untuk korang-korang yang hantu facebook dengan twitter dan  bahagian 2 nanti pulak untuk blogger. Tapi tak banyak beza pun sebab basically dua-dua pun guna pengiklanan atau bahasa inggeris nya, advertising.

Jadi kalau nak jalan kan pengiklanan sosial ni, kena lah tahu apa nama company dia kan. So, mari kita berkenalan dengan burung biru ni, bukan twitter tapi ChurpChurp .


ChurpChurp ni anak syarikat kepada Nuffnang. Nuffnang ni untuk pengiklanan blog while ChurpChurp ni pulak untuk social network macam Facebook dengan Twitter. Jom kita ke sesi soal jawab ChurpChurp untuk penerangan yang lebih mendalam lagi.

APA BENDA CHURCHURP NI?



Korang jenis yang rajin share apa-apa dekat fb and twitter, plus friend dengan follower korang ramai? Kalau jawapan korang ya, makna nya korang sepatut nya join ChurpChurp ni. Basically, ChurpChurp ni satu company yang bayar orang yang kaki share macam kita ni untuk setiap event ataupun iklan diorang yang kita share dekat fb, twitter, dan yang sewaktu dengannya. 

Tak faham konsep dia ? Kita buat contoh, Syarikat Kicap Bulert nak ada kan satu event dan nak semua orang tahu. Kalau dulu mungkin Syarikat Kicap Bulert akan siarkan iklan dekat tv atau pun surat khabar, tapi sekarang berapa kerat sangat lah yang tengok tv dengan baca surat khabar. Maka Syarikat Kicap Bulert akan pergi ChurpChurp dan bagi sekelepuk duit dekat ChurpChurp. Jadi Churpers which means kita akan share event Syarikat Kicap Bulert dekat semua social network yang kita ada dan kalau ada orang klik link yang kita share tu, kita akan dibayar oleh ChurpChurp. Boleh faham ke ni ?


UNTUNG KE CHURPCHURP NI ?



Untuk bahagian ni, terus terang aku cakap nak untung banyak tu memang tak lah. Sebab kebanyakan event yang kita share tu akan dapat dalam RM0.20 per klik while setiap orang yang register account ChurpChurp daripada link kita, kita akan dapat RM1.00. Okay, memang sikit tapi berapa modal kita ? RM0.00 rasanya, tak payah lah nak kata modal bayar bil api dengan internet sebab kalau tak bukak ChurpChurp ni pun korang tetap bayar dua benda ni kan ?

KALAU MACAM TU BOLEH LAH SURUH ORANG RAMAI-RAMAI KLIK DEKAT LINK SAYA TU ?


Perbuatan ni kalau nak diikutkan melanggar etika Churpers. Tapi selalunya untuk Social Share dekat twitter, pihak ChurpChurp akan tapis dulu apa korang tulis dalam tweet korang tu. Kalau fb mungkin tak lah, tapi cuba fikir kan perbuatan minta tolong orang lain klik dekat link tu tak ke sama dengan perbuatan meminta sedekah dekat alam nyata ? Tapi kalau orang yang klik tu betul-betul berminat nak tahu memang tak salah pun klik. Ini lah tujuan sebenar ChurpChurp ni, nak bagitahu dekat orang-orang yang tak tahu tu . 

Buat masa ni, tu je lah rasa nya penerangan aku pasal ChurpChurp ni. Jadi kepada korang yang nak join ChurpChurp , boleh lah klik sini okay (:

Nantikan Buat Duit di Internet : FAKTA atau AUTA ? #2 .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...