10.24.2011

ANGRY BIRDS LAH !

Salam dan hye semua. Sebelum apa-apa , maaf dipohon dulu sebab tak buat sambungan untuk entri buat duit di internet #1 tu ye. Owner blog ni taip entri bila rajin je, jenis blogger tak ada displin. Sape2 nak tolong bababkan bulert yang pemalas ni ? HAHA 



Sementara tengah terkebil-kebil tak boleh tidur ni,tiba-tiba rasa nak update blog pulak. Kalau lah rasa nak update ni ada setiap jam kan bagus. Okay,jadi entri kali ni aku nak bagi korang game percuma *download sendiri,apa lagi kalau bukan game fofular kat alam semesta ni, Angry Birds. Nak ? Jom sambung baca.


Rasa nya tak payah lah aku nak introduce game ni dekat korang. Semua orang tahu game ni kan. Game yang memang fun lagi heaven ni, di samping game paling sesuai untuk dimainkan dikala waktu terluang terlalu berlebihan. Huh, poyos lah. Baik lah, kalau korang ni reader baru blog ni, sebelum ni aku ada publish satu entri pasal Angry Birds ni. Masa tu tulis pun tengah merapu-meraban. Tak nak lah bagi link, buat malu je kena gelak dengan korang nanti. 

Tapi masa tu game Angry Birds classic saje. Tapi entri kali ni aku nak bagi korang semua download semua collection Angry Birds ni, daripada classic, rio dan juga seasons. Complete 3 dalam 1, baru lah nampak macam pemurah sikit kan . HAHA , puihh lah pemurah .




ANGRY BIRDS CLASSIC

Untuk Angry Birds Classic ni, aku percaya mesti ramai daripada korang yang pernah atau pun dah memang addicted dengan version yang ni. Versi ni lah yang paling famous sampai sekarang ni. Sape tak pernah main Angry Birds ni, sorry to say tapi korang memang noob lah. HAHA.


DOWNLOAD LINK


Sebelum download sila pastikan korang dah ada IDM. In case korang tak ada lagi IDM tu, klik sini dan download dulu. Bukan apa, kesian kat korang juga kena tunggu lama-lama kalau tak ada IDM ni. *kalau sape pernah ikut tutorial ni, IDM korang ada macam sangkut-sangkut tak ?


Dah siap download, mula-mula extract dulu file tu. Then, dah lepas extract, open folder tu and klik dekat installer. Apa-apa yang lepas daripada tu, klik kan yes je. Lepas tu, klik lah application Angry Birds dalam folder tu jugak. 



ANGRY BIRDS RIO


Untuk Angry Birds RIO ni pulak, ni adalah versi update untuk classic. Ni adalah kerjasama ROVIO dengan pembikin filem RIO, alah cerita kartun yang pasal burung tu *okay, mengaku tak pernah tengok cerita tu. Kalau dalam classic, korang kena bunuh makhluk yang warna hijau tu, tapi dalam RIO korang kena attack sangkar yang ada burung dalam dia. Lepas sangkar tu dah pecah, burung yang comel ni akan bebas berterbangan di angkasa. HAHA !


DOWNLOAD LINK INSTALLER
DOWNLOAD LINK PATCH + SERIAL

Download dua-dua file kat atas ni dulu. Dah siap download dua-dua ni, mula kan dengan installer tu dulu. Install macam biasa, tapi last  sekali JANGAN tick dekat kotak launch angry birds rio now. Kalau korang dah tertick dan dah terfinish kan install tu, makanya kena lah uninstall dan install balik daripada awal.

Lepas dah siap install dan tak launch angry birds rio tu, korang bukak pulak file yang patcher tu. Akan keluar patcher dengan bunyi yang menyirapkan telinga macam masa install IDM tu. Klik dekat patch, dan kalau dia tulis patch success, klik exit. Lepas tu pergi balik file patcher tu, korang akan nampak application Angry Birds RIO, dan JANGAN run pulak application tu. Copy application tu lepas tu paste dekat (C:)Program files>Rovio>Angry Birds Rio. Akan keluar pop-up window tanya nak overwrite file asal tak, cuma klik yes je.



Lepas dah siap tu, baru lah boleh run application ni. Double klik lah Angry Birds Rio.exe tu. Okay, dah boleh masuk kan , tahniah untuk korang. Lepas tu , klik dekat get angry birds tu kot. Lepas tu copy lah serial key yang dekat dalam serial tu lepas tu paste kan dekat kotak register tu. Ha , lepas tu main lah Angry Birds Rio tu sampai muntah-muntah. HAHA !


ANGRY BIRDS SEASONS


Dalam banyak-banyak game Angry Birds, aku paling kurang minat  dengan Seasons ni lah. Kenapa ? Sebab stage dia banyak yang susah. First level nak dapat 3 star pun susah. Tapi kat sini datang seronok dia sebab when the going gets tough, the tough gets going kan. HAHA , merapu tak masuk akal betul. Okay, kepada korang yang rasa expert main Angry Birds tu, maka wajib lah main Seasons ni. Banyak season pulak tu boleh pilih macam Halloween, Valentine dan jugak Christmas.


DOWNLOAD LINK


Untuk Angry Bird Seasons, cara install senang je. Tak payah nak patch ape bagai semua. Just install lepas tu copy paste serial lepas tu dah boleh main sampai lebam.

PSSST:Kalau ada masalah macam dah lepas install tak boleh buka ke, tolong kasik tahu ye. Sebab tu ada guna nya ruang komen kat bawah tu. *gambar step by step aku akan upload kalau ramai yang memerlukan okay :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...