10.14.2011

Apa Maharaja Lawak MEGA ?

Selamat pagi semua *nada garang, HAHA . Okay, selepas berjam-jam aku habiskan untuk mencomelkan lagi blog yang comel ni, akhir nya siap jugak. So, apa pendapat korang dengan template baru ni, okay or otak kau? Selepas bosan dengan warna hijau dan template tak cool tu, aku berniat nak renovate sikit blog. Ni belum siap lagi, ada sikit lagi je nak touchup. 

Okay, berbalik kepada topik perbincangan kita hari ni iaitu Maharaja Lawak MEGA. Aku pasti dan yakin almost semua orang layan Maharaja Lawak (ML). Ke ada yang memang tak tahu langsung apa Maharaja Lawak tu? So, tak nak cerita pasal ML tapi nak cerita pasal Maharaja Lawak MEGA (MLM ?). Nak tahu pasal MLM ni, teruskan membaca okay (:


MALAYSIA+INDONESIA+SINGAPORE = MAHARAJA LAWAK MEGA 

Mungkin dengan tengok equation atas tu korang dah boleh faham kan konsep MAHARAJA LAWAK MEGA ni. Yup, MAHARAJA LAWAK MEGA ni merupakan sequel kepada rancangan realiti MAHARAJA LAWAK. Kalau dekat ML kita dapat tengok Jozan, Sepah *yang dah berpecah dah, Nabil dan yang lain-lain, dekat MAHARAJA LAWAK MEGA ni dah tak ada dah muka diorang. Walaupun ada pelawak Malaysia dalam rancangan ni, tapi kebanyakan nya pelawak-pelawak veteran. 


BILA MAHARAJA LAWAK MEGA NI ?
MAHARAJA LAWAK MEGA akan mula bersiaran mulai 28 Oktober 2011. Setiap hari jumaat, 10 malam. Biasa lah, sama macam ML jugak lah ni kan . 

MANA NAK TENGOK MAHARAJA LAWAK MEGA NI ?
MAHARAJA LAWAK MEGA akan disiarkan dekat saluran Astro Warna dalam Pakej Mustika. Untuk melanggan, hubungi 1 300 82 3838. HAHA, jangan risau lah. Aku pun tak subscribe astro warna ni. Jadi, aku akan update link kalau video dah ada kat youtube, atau bila dah boleh download. 

SAPE JE MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA NI ?
Biarpun rancangan ni antara 3 negara, tapi majoriti peserta adalah dari Malaysia. Mungkin Astro tak nak risiko rancangan ni tak laku. Ah, lantak lah ape semua tu. Yang penting aku bukan boleh tengok live pun kalau rancangan ni dah on air nanti. HAHA ! Ni dia senarai peserta MAHARAJA LAWAK MEGA .

Dari MALAYSIA :
  • pimai (Sathiya , Imuda dan Mat Over) *bukan ke haritu dengar2 nya Imuda sakit ?
  • hiro (Hamdan , Ilya dan Ropie Cecupak) 
  • boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
  • anje (Achong Sweetchild dan Joey Daud) *sape joey daud ?
  • osbon (Mr Os dan Abon)
  • lanun (Jegan , Alya dan Salma al-Farisi) *satu pun aku tak kenal
  • bp-bawal power (Bob Kuman dan Sobrie) *sobrie yang ac di sini tu 
  • rap (Rama Jangan Ketawa , Aziz Kota dan Pak Lah Cecupak)
  • comel (Radhi Khalid dengan Bell Ngasri)
  • 3g (Yassin , Didie Alias dan Enot)
  • Adlin Aman Ramlie (solo) *hambik kau , selalu komen orang je kan 
  • Jalil Hamid (solo)

MALAYSIA + SINGAPORE 
  • syok (Suhaimi , Ifa Raziah dan Arif Sudin)
INDONESIA
  • gebu (Hazian dan Azian)
  • bawel (Dodon Jambul , Amin Bawel , Dadang Ragas)
  • saehu (Eko , Bochil dan Vicha)
  • caer (Adeteo , Mister Ibo dan Lugiana)
BEST KE MAHARAJA LAWAK MEGA NI ?
soalan ni aku tak dapat jawab sebab tak tengok lagi pun kan cerita ni. tapi aku rasa cerita ni akan jadi best sebab ramai tu pelawak-pelawak otai dalam cerita ni. so ,sama-sama kita tunggu ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...