10.01.2010

Bakal blogger terkenal dah datang!

Hahaha. Pecah perut bace title blog ni. Berangan kuat betul aku ni. Baru satu entri dah berangan nak jadi famous blogger. So, dari berangan, baik aku siap kan entri ni. Dah start bosan? Kejap larh, bagi chance aku cerita sikit baru korang klik button exit tu ye.

Ok, bercakap pasal blog, apa itu blog? Ape punya soalan la. Senang nye, bagi nenek otot pun die boleh jawab.Ok, blog tu benda alah yang korang semua tengah tengok ni larh. Tulisan ak, gambar2 yang korang tengok ni, blog larh ni. Nak aku cerita sejarah blog? Tak payah larh kot. Nanti ramai yang tak ambik SPM pulak sebab sakit baca aku melalut. Ok, straight to the point. Dalam entri ni, aku nak cerita kenapa aku tergerak hati nak start blogging and apa yang ada dalam blog 'hidup segan mati tak mahu' ni.


Ok2, aku tak melalut lagi. Basically, ni bukan larh pertama kali aku post entri. Sebelum ni pernah jugak tapi bila tengok balik, macam sampah la pulak blog nye. Maka dengan pantas nye aku delete post and account tu, and aku buat blog yang ni. Harap2 yang ni tak jadi macam najis pulak. Doa2 kan larh ye..

Baik, aku mula berminat dengan blogging ni sejak aku baca blog yang super cool kat malaysia ni. Ape lagi kalau bukan justkhai. Tak pernah dengar? Aku tak pelik pun sebab aku tahu ramai yang masih percaya dan setia dengan facebook tu. Aku pun masih lagi berfacebook (spm dah dekat oi!!) tapi oleh kerana aku ni tak ramai kawan kat facebook tu, so aku pun berkawan larh dengan google. Dari google gak larh aku kenal justkhai. Lepas aku baca kisah dia yang jadi kaya hanya dengan jadi blogger, ape lagi aku pun terus larh gila dalam otak terbayang dalam kepala ape aku nak beli kalau dah kaya. Berangan lagi, tak habis2 berangan je larh kerja kau ni bulat.

Ni preview justkhai kalau korang malas nak bukak. Nampak macam jambu, tapi cool giler blog die ni.


Nak blogging ni tak susah pown. Mungkin korang rasa, 'ape larh melalut2, buang2 mase main tulis2 pastu suruh orang bace. Poyo je'. Tapi, korang kena ingat, dengan blog ni larh ade orang dah jadi kaya, ade orang da jadi famous and ade jugak yang da meringkuk dalam penjara. Ha, hebat kan? Blog ni cume kena tulis2 je. Kalau korang pakar myspace, lagi bagus sebab blog ni boleh edit layout macam kat myspace. Aku tak expert sebab tu blog aku tak lawa. Hahaha.. So, aku suggest kat korang, buat larh blog. Kalau tak reti wat entri, dapt jadi kan diari digital pown ok larh. Tak kan nak tulis status kat fb tu sampai 10 perenggan kan. Kalu kat blog ni, nak tulis 30 perenggan pun tak ade siapa nak marah asalkan tak mengancam ketenteraman awam. Ha, da nampak best nya blogging ni??

Untuk sesiapa yang kat facebook tu tak ramai kawan, send chat kat kawan2 tak pernah dapat reply, comment kat status orang lepas tu tak ade sape nak comment lagi, boleh larh cuba blogging ni. Bukan nye kena bayar pown. Internet? Tu da memang tiap2 bulan kena bayar. Tak blogging pown kena bayar gak.

Ok, kalau ditakdirkan blog ni panjang umur, macam2 entri aku nak isi. Skop pulak memang luas. Segala apa yang aku taw akan aku tulis. Software2 komputer, software2 handset, kuih muih (??) , personal life, kira senang cite ape yang aku taw, memang aku akan taip n publish kan. Hope dapat bagi korang information or at least jadi tempat korang lepak2 lepas dah tak tau laman web ape lagi dah nak bukak..

Ok larh, rase nya dah cukup panjang da entri ni. Kalau panjang lagi, takut nanti kalau aku keluar rumah, kena ludah je dengan korang semua. Maklum larh, aku ni jejaka poyo seantero dunia ni. Doa2 la kan larh ye blog aku ni popular sebab kalau dah popular, boleh aku upgrade wordpess pulak. Sudah, binatang ape pulak wordpress tu?? Tunggu larh mase nye nanti. Sekarang ni awal lagi. Ok, dah sudah bace, sila2 la komen ye kat bawah tu. Lagi satu, kalau rase blog ni best poyo+bangang, sila la share kat orang lain. tunjuk blog ni kat orang lain, pastu same2 la korang kutuk, baru la best. Ni tidak, kutuk sorang2 kat dalam hati. Ape barang?? And kalau rase blog ni best, share la jugak ye. Owkeyh, adios.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...